Puisi Cinta Mawar Yang Berduri
Wardan Word menyajikan puisi cinta, puisi sedih, puisi lucu, puisi agama, puisi sosial, puisi indonesia, puisi
binatang,
dan puisi sahabat.
MAWAR YANG BERDURI
Ku renjis-renjis mawar yang berduriDengan darah merah melangkah memburu cinta
Mengapa aku dan kau jua terpasung rindu
Kala purnama berkubur di pancaindera
Ku cuba dendangkan irama zikir terbekal
Ketika kalam denyutan ingin cuba berhenti
Apakah mati ingin menguji setiap yang baru
Mengeruhkan setiap hati yang jernih
Mendekatkan setiap yang jauh disana
Menjahukan yang dekat disisi bonda
Bisa jadi ia datang pada saat dan waktu ini
Membuat aku tertangis menahan sebak didada
Ketika sang unggas dalam bertasbih kenikmatan
Bersiulan bersama cengkerik fajar menutup tabir
Apakah esok milik mu dan milik ku
Hidup lah dengan hati yang merintih
Pada bunga mawar harumnya mewangi
Bukan pada duri-duri mawar menyucuk hati
Haruskah kau dan aku mati sesudah mati
Hidup lah mulia agar di rindui syurgawi
Kerana kau dan aku umat yang mulia.

Comments
Post a Comment