Puisi Agama " Tuhan Yang Maha Agung "
Wardan Word menyajikan puisi cinta, puisi sedih, puisi lucu, puisi agama, puisi sosial, puisi indonesia, puisi
binatang,
dan puisi sahabat.
Tuhan Yang Maha Agung
TuhanKerana kemulian hari jumaat
Kau ciptakan alam maya ini
Terbanglah darinya debu-debu keramat
Terbentuklah dunia dengan hiasannya
Dari tubuhnya
Malaikat mengambil secubit daging
Terbentuklah tubuh mulia disyurga idaman
Pada hari jumaat yang bakal menghiasi duniawi
Subahanallah bertapa mulianya hari jumat
Yang kau berikan padanya setiap kejadiannya
Antara satu kejadian yang paling mulia dialam maya ini
Lahirlah kekasihmu pada pagi isnin yang diagungkan
Sebagai pelengkap segala kejadian
Bermulalah perjalanan syafaat di dunia dan akhirat
Darinya kami dapat bersatu pada hari jumaat
Berkumpul dan sujud pada Tuhan yang Esa
Berikanlah kami kemulian itu Tuhan
Berlabu dihujung kalimah syahadat
Tiada Tuhan selain Allah
Bertemu denganmu di hari jumaat
Sebelum semuanya berakhir
Di hari jumaat yang di muliakan
Berterbang kembali padamu
Pada Tuhan pencipta seluruh alam.

Comments
Post a Comment