Puisi Ibu : Untukmu Mama Yang Tak Pernah Lelah



Wardan Word menyajikan puisi cinta, puisi sedih, puisi lucu, puisi agama, puisi sosial, puisi indonesia, puisi binatang, dan puisi sahabat.

Untukmu Mama Yang Tak Pernah Lelah

Mami
Kedewasaan ini aku telah dewasa tanpa kalian
Yang meneruskan cinta agung kalian berdua
Dari sisa percintaan yang dulu kalian bina
Atas nama cinta berkubur di pusara hati ini

Ummi
terima kasih pernah mengandungkan aku
Yang terlahir dari ciuman mesra kalian berdua
Berada di rahim selama 9 bulan 9 hari
Yang membataskan pergerakan ummi seketika

Mama
Maafkan lah aku seandainya cumbuan kalian berdua
Dalam kemesraan terpaksa di tangguhkan demi aku
Maafkan lah aku jua wahai papa ku
kerana kacau daun dalam keinginan kalian

Terima kasih papa, kerana pernah menjaga aku
Yang berada di rahim mama ketika itu
Ku akui papa adalah seorang lelaki terbaik di sisi mama
Jika ada sifat cemburu papa denganku

Kerana kita terpaksa berkongsi cinta seorang wanita
Maaf Ya papa, jika anak mu ini
pernah menyinggung perasaan papa
Kerana cinta mama sudah beralih kepadaku

Ibu
Kaulah wanita pertama bertahta di hatiku
Wanita yang pertama ku cintai kerana kelembutan
Membuatkan aku terpesona dengan sifat kewanitamu
Aahh bertapa indahnya punya wanita yang di cintai

Maaflah ketika hayatmu tidak pernah ku ucapkan
" I LOVE YOU IBU KU "

Kerana aku tak mahu papa tersinggung
Dengan kata-kata ku itu ibu
Melepaskan perkataan itu pada wanita yang ia cintai
Biarlah ku pendamkan nya demi cinta kalian berdua

Mak
Darah yang mengalir ini adalah darah kalian
Yang terhasil dari ciuman asmara kalian berdua
Aku menyusus dari bekas puting asmara ayah
Keluarlah setitis demi setitis air susu berkat

Yang mengalir di tubuhku ini menjadi darah
Pewaris cinta mak dan ayah berdua
Separuh terhasil menjadi benih keturunan kalian
Alhamdulillah ayah

Bonda
Ketika aku terlihat kucing dan ayam ini
Ia mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak ku
Ketika aku terjatuh hati ku tak terluka
Bertapa indahnya silaturahim ketika itu

Tapi sayang bonda masa yang beredar ini
Akan mengubah segala-galanya bonda
Ayam tak akan tergamak memakan kucing
Walaupun di beri makan daging kucing

Tetapi kucing akan tergamak
Makan daging ayam bila ia di beri bonda
Walaupun ia tahu itu asal kawannya
Hanya demi kelangsungan hidup

Begitulah jua diri ini
Wahai
IBU
MAMA
MAMI
UMMI
MAK
BONDA
Meneruskan kesinambungan kalian
Tunggu Ya
Aku pasti datang.

Comments

Popular posts from this blog

Puisi Cinta Dalam Diam

Puisi Cinta Galau Terbaik

Puisi Surat Kecil Untuk Tuhan

Puisi Tentang Tuhan Terbaik

Puisi tentang Lebaran Terbaik

Puisi Cinta Sederhana

Puisi Menyambut Lebaran 2017

Tertulis Indah Puisi Cinta Dalam Hatiku

Puisi Aku Ingin Mencintaimu Dengan Sederhana

Puisi Cinta Buat Pacar