Puisi Cinta "Wajahmu Menghanyutkan Aku"
Wardan Word menyajikan puisi cinta, puisi sedih, puisi lucu, puisi agama, puisi sosial, puisi indonesia, puisi
binatang,
dan puisi sahabat.
Wajahmu Menghanyutkan Aku
entah kenapa beningnya waktukala seruling bambu kian menerjah
sunyinya malam dalam gemersik
alunan yang mengasyikkan
dan suara unggas kian menyepi
yang tinggal hanya kedengaran bunyi
sang cengkerik yang meriuh menyapa
sayup-sayup di penghujung malam
tetiba ada sesuatu telah membawa
ingatanku kepadamu dan sesuatu itu
juga telah membuka lembaran memori
silam antara aku dia dan kamu
saat ini air mataku kembali mengalir
deras di pipiku dan kehangatannya telah
membuat lukaku kembali berdarah dan aku
amat berduka setiap kali mengingatinya
sesuatu yang paling aku benci tika
hadirnya kenangan itu bisa buat hatiku
sakit kerana sesuatu itulah juga yang telah
memisahkan antara aku dia dan kamu
kerana dia sahabat terindahku dan kerana
kamu kekasih hatiku maka kerana sesuatu
itulah yang memaksa aku menghadapi
diantara persimpangan dillema ini
malam kaudamaikanlah hati dan jiwaku
agar aku bisa melupakan semua sengketa
dalam episod duka ini kerana aku sudah
tidak sanggup mengharungi badai
semalam yang memilukan

Comments
Post a Comment